Tuesday, October 6, 2015

salah

Assalamualaikum and hi,
Salah haa why tajuk salah kan? Cam curious je. Nak tahu tak salahnya tu adalah niat. Niat tak habis habis nak jodoh lah nak jodoh yang baiklah. Semua pasal jodoh. Termasuklah aku dan ya rimas gak aku pikir semua tu sebab persekitaran macam tu. Hahaha rimas lah rimas. Geli pun ada tapi bukannya maksud aku sampai taknak kahwin. Tapi ada jodoh adalah. Dapat jodoh yang baik, alhamdulillah syukur sangat ya Allah.
Aku baca balik entry blog ni rasa macam euw gelilah baca part jodoh. Im too young beb tapi gatal sebut pasal jodoh. Kerjaya pun belum ada lagi tapi yelah memang aku doa dapat jodoh yang terbaik tapi cam geli lak cakap pasal ni haha. Nak berubah sebab nak jodoh yang baik. Ya ya tu memang la niat yang bagus juga tapi takut niat tu salah sebab tu Allah tak bantu.
So, aku ubah niat tu sebab Allah. Kau tahu tak bila kau dah biasa buat sesuatu tu, kau akan rasa biasa je bila buat tapi bila tak buat kau rasa lain macam. Contohnya, kau pakai selipar kan setiap kali keluar dari rumah, cubalah sekali tu kau lupa pakai selipar or kasut keluar dari rumah mesti kau rasa lain macam kan? So bila benda tu dah jadi habit, mudah untuk kita. Sama juga untuk berubah ni.
Kau nak pakai tudung, ya memula memang cam alah susah la alah tak sedialah. Tapi bila kau dah biasa buat insyaAllah mudah weh. Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah. Sama juga macam solat subuh ke solat tengah malam ke puasa sunat ke mandi awal subuh ke. Haaa semua tu bila kau dah selalu buat, dia jadi habit dan biasa.
Semuanya boleh kalau kau percaya pada diri kau weh. InsyaAllah. Niat tu gak penting. Jangan la pikir untuk jodoh yang terbaik tapi niatlah juga mati nanti dalam keadaan yang terbaik. Kau doa jodoh kau beriman, doalah juga mati dalam keadaan yang beriman. Kau doa untuk jodoh, doakan juga untuk kematian kau. Ya jodoh tu mungkin ada tapi mati tu pasti.
Aku harap aku tak pura pura alim dan pura pura berhijrah. Aku doakan orang yang mula berhijrah dan dalam berhijrah. Doakan aku juga. Sama sama kita berubah niat kerana Allah. Moga Allah sentiasa membantu kita semua.
      Manusia yang suka berburuk sangka ni tak akan pernah berasa senang dengan orang lain 

No comments:

Post a Comment