Monday, September 28, 2015

interview

Assalamualaikum and hi,
Terasa macam nak tulis tips interview ni sebab masatu aku pergi interview even banyak dugaan but alhamdulillah everything went well. Interview interior designer uitm. So aku ni ya suka tengok orang bukan la cam usya jatuh cinta lepastu kritik. No, aku observe orang tu hahahah macam jahat tapi aku suka buat kajian sendiri.
First, bila kau nak pergi interview apa pun la kau kena buat persedian. Tanya kawan kawan, buat research kalau macam aku melibatkan kena draw so aku kenalah buat latihan melukis sikit. Kau pergi interview kerja kenalah buat research pasal syarikat tu ke universiti tu ke. Semua kena buat research. Okay?
Second, kau dah buat research a few day dah ni. Then kau kena practice bercakap. Monolog depan cermin ke, bercakap depan mak ayah atau adik beradik ke, kawan kawan ke. Itu wajib! Dan kau kena tahulah bahasa apa yang digunakan. Almost english. Aku pun practice english la. Lancarkan percakapan kau. Pastikan smooth je kau bercakap so nanti bila depan orang tu, kau ada confident. Bila soal diri kau ni, kau kenalah buat cerita gempak tapi janganlah gempak yang menipu sangat then jangan berlagak sangat. Humble but confident. Macam aku, aku tulis dekat buku so tahulah apa nak cakap erm cakap sikit je TAPI kau kena buat persedian macam dia nak tanya macam macam. Okay?
Third, kau dah buat research dan practice bercakap ni. Tibalah masanya untuk diinterview esoknya. Malam tu kau kenalah leklek banyakkan doa. Gosok baju siap siap, kemas barang siap siap. Haaa bab pakaian ni, kau kenalah pakai warna yang ceria. Baru bagi aura dekat kau. Macam aku pakai baju kurung warna warni dan tudung plain. Warna warni bukanlah pelangi sangat tapi warna ceria. Dia akan affect your emotion and confident termasuk orang yang tengok kau pun dapat aura ceria kau tu hehe. Okay?
Forth, tibalah masanya kan harinya haha so kau dah pakai kemas kemas ni. Dalam kereta otw tu practice la lagi bercakap huhu dan berzikir hilang sikit nervous. Nak pesan ni, kau kena beli mentos ke apa ke beli gula gula berangin yang boleh buat mulut kau bau wangi. Ya takkan nak bawa ubat gigi dan berus gigi kot. Kalau boleh kau makanlah before interview tu tapi aku takboleh hahaha nervous! Alas perut pun dgn milo je.
Fifth, kau dah mulut bau okay bau cam sedap sedap je kan. Jangan lupa senyum masa masuk dalam bilik tu, bagi salam. Kalau nak salam orang tu salamlah (yang bukan lawan jenis) tapi aku tak salam sebab tangan dah beku takut dia tahubaku nervous hahaha. Okay kau kena senyum okay senyum tau
Then, posisi badan kau tu kenalah duduk dalam keadaan tegak. Jangan bongkok dan tangan letak di atas peha kau. Fail pun jangan main pap letak atas meja orang tu. Letak atas peha juga. Jangan gopoh. Bagi dia mulakan dulu sebab kau taktahu pun dia suruh cakap apa kan kenalkan diri ke apa so kau senyum je dan duduk straight. Bila dia bercakap, pandang mata dia dan bila kau bercakap, pandang mata dia. Baru dia fokus dekat kau dan nampak kau confident. Okay?
Last but not least, kau kena yakin pada diri kau yanh kau akan dapat tapi jangan la terlalu confident, biasa biasa je okay. Sebelum tu juga jangan lupa minta berkat mak ayah and family kau. Diorang tu yang selalu support kau. So family first okay. Bila pergi interview kenalah jaga pakaian, buat persiapan awal awal. Apa yang perlu dibawa, perlu buat. Semua tu kau perlu tahu. Okay ni sedikit nasihat. Oh ya dekat situ jangan la terlalu sombong dan ramah ya haha. Aku tegur a few jela tak semua. Yang duduk sebelah je. Lelaki em tak tegur langsung. Cukup perempuan hihi
      Amik aura diri yang positif dan tonjolkan, orang yang dapat aura kita akan jadi positif juga maka akan wujud suasana positif 😊

No comments:

Post a Comment