Assalamualaikum and hi!
I've been so busy and lazy so here my new drama hihi.
So, sugar & salt. eh asal tak sweet & sour kan? Sebab dah ramai guna so aku tak suka sama dengan orang. In life, mesti ada gula & garam untuk tambah rencah kehidupan kan. So this is of course about life.
Kita semua ni ada rasa kan, ada perasaan. Setiap hari pelbagai rasa dan perasaan kita lalui, pelbagai perkara kita tempuhi dan disebabkan semua tu makin lama makin kita bersyukur, makin kita matang, makin kita lalui hari dengan tenang dan mungkin kadang kita tersasar ke ombak taufan yang kuat. Sampai kita minta untuk tidak rasa dan lalui apa yang pahit dan masin.
Bagi kita, kita nak yang manis je. Kita taknak pun rasa tawar, masin, pahit sesuatu tu. Kita impikan semua yang manis manis sehinggakan boleh buat rasa tawar jadi satu penyakit buat kita. Jadi satu yang kita fobia, kita fikir Allah akan bagi kita manis je sentiasa. Adakah kita sebagai manusia lupa yang dunia ni ada pelbagai warna dan rasa untuk kita nikmati?
Pelbagai rasa rencah kehidupan kita tu adalah nikmat sebenarnya bukanlah beban. So buat apa nak sesal? Buat apa nak salahkan manusia dan Allah? Jangan lari, tapi rasa dan enjoy setiap rasa tu. Bukan senang nak sedih nak menangis nak ketawa, semuanya ada sebab dan momentnya. Cuba kalau kita tiba tiba menangis dan ketawa, tak ke gila tu?
Manusia suka salahkan takdir bila sesuatu pahit berlaku. Oh bila benda yang manis, bahagia tu tak ada pula nak salahkan takdir. Takda pun nak "oh kenapa aku bahagia sangat" mesti bahagia tak ingat dunia, tak ingat hikmah dan sebabnya. Itulah kita ni manusia mudah sangat lupa. Rasalah bahagia walaupun sedang derita. Rasalah manis walaupun sedang merasa pahit.
Tambahlah gula dan garam dalam rencah kehidupan. Jangan terlalu harap gula sebab takut nanti garam yang kita rasa. Gula dan garam ni rupanya sama, jernih. Bila kita rasa baru tahu macam mana rasa dia, masin ke manis ke. Letak dalam lauk, kalau terlebih masin, orang akan tambah gula dan air. Kalau terlebih manis, orang akan tambah garam dan air. AIR nampak tak air tu? Dalam kehidupan manusia, ia adalah air mata. Ya, kita akan lalui kehidupan dimana adanya air tu mengalir.
Bila dah rasa sebati, maka mesti kita rasa sedap kan? Mesti kita bangga dengan lauk yang kita masak sebab sedap dan hasil dia memang bagus. Begitu juga dengan kehidupan. Bila adanya gula, garam & air tu sendiri, baru kita tahu rasa bersyukur dan menghargai setiap masa dan orang sekeliling kita. Kita perlu pandai untuk seimbangkan setiap rasa tu.
Jadilah tukang masak yang pandai seimbangkan rasa dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment