Assalamualaikum and hi,
Hati ni makin lama makin senang tersentuh, tersentap. Lembut sungguh taktahu la mana hilangnya hati yang kental. Bukan senang nak berubah ni hm bukan senang. Aku cuba cari kekuatan. Sentiasa berdoa untuk istiqamah, salah satu nasihat yang pernah aku dengar dari pencetus ummah. "berdoalah kepada Allah supaya kita terus istiqamah dalam beribah kerana kita ni lemah." Ya sungguh, kau nak berubah ni mengambil masa. Step by step.
First, try pakai tudung. Aku sendiri dulu free hair, jahil, taktahu nak jaga batas. Dekat sekolah je pakai tudung tapi dekat luar tak pun. Rupanya Allah bagi aku hidayah melalui teguran orang lain. Aku yang jahil tak perasan. Ada orang tegur "pikir diana pakai tudung" lepas dia tengok fb aku. Ya aku malu, sentap semua ada. Ada juga beberapa teguran, bimbingan. Terima kasih atas semuanya dan terima kasih kepada yang memberi tudung di saat aku mula nak pakai tudung.
Ayat abah paling sweet "lawa anak abah pakai tudung" ya Allah aku sendiri rasa nak menangis saat tu. Okay meh sini aku cerita tentang abah. Abah ni suka memancing, kiranya salah satu hobi dia lah. Satu hari, dia dengan seorang kawan dia ni pergi menjala dekat bagan lalang. Tetiba waktu dia nak betulkan jala, air pasang time tu. Sangat cepat air naik, abah dan kawan dia lemas. Alhamdulillah abah selamat tapi inalillah kawan dia mati lemas. Jumpa mayat esoknya. Waktu abah lemas tu, waktu abah sedaya upaya selamatkan diri. Abah berdoa kepada Allah untuk diberi peluang. Abah pikir anak anak perempuan dia, tak tutup aurat lagi. Abah cerita semua tu lepas abah dan pulih. Ya Allah besar betul tanggungjawab lelaki ni. Kalau anak isteri kaka adik tak tutup aurat, tak jaga batas. Lelaki diheret ke neraka. Ya Allah kesiannya hm.
Sungguh, berhijrah ni bukan senang. Lagi lagi kau ni perempuan. Mana nak jaga aurat dengan lelaki bukan mahram, jaga percakapan, jaga hati. Apatah lagi bila ada tetamu lelaki datang rumah yang main terjah ni, kita kelam kabut cari tudung dan pakaian yang sesuai. Perlahan lahan. Aurat tetap aurat. Tutup tetap kena tutup. Lagi lagi kita yang dulunya jahil ni. Banyak rintangan dia. Umpatan orang, sindiran orang.
Kau nak tahu, aku sendiri ada dugaannya apatah lagi masih merangkak ni, pakai stoking. Terpaksa menipu kata pakai sebab kaki melecet even sebenarnya takpun sebab aku takut. Aku pakai stoking pun kadang kadang sebab baru nak bermula, aku pulak jenis yang cepat rimas. Aku takut bila ada masa aku tak pakai, orang persoalkan, mengumpat. Aku taknak aku dan orang tu dapat dosa.
Bagilah masa untuk setiap yang nak berubah, kalau kau dari keluarga yang alim, yang support dan sentiasa nasihat kau, kau beruntung. Sungguh beruntung tapi rugi bila kau tak amalkan dan belajar dari family kau. Family aku lain, support memang support tapi kadang ada juga sindiran. Aku pula jenis cepat melatah cepat melenting, sungguh lidah manusia itu berbisa.
Tak lupa juga, jagalah solat bila nak berhijrah ni. Aku sendiri solat subuh kadang lewat sebab selalu tidur lewat haha lepas ni kena biasakan tidur awal supaya tak lewat. Kadang solat lain pun lewat sebab lebihkan hal dunia. Haih. Bukan mudah nak kejar syurga Allah, berusahalah sebab kita sendiri yang dah berjanji sebelum keluar ke bumi ini untuk jadi khalifah.
Selain tu, jagalah juga aib kita, dosa lepas kita, sejarah gelap kita, kisah silam kita. Allah jaga aib kita, kenapa perlu kita cakap? Jaga juga aib orang, maruah orang. Bertaubat dengan Allah, luah dekat DIA bukan luahkan dekat manusia. Kau mengharap dekat manusia untuk dengar segalanya? Kau silap sebab kau pun manusia, kadang kita terlepas cakap dekat orang lain dan kadang kita selfish. Taknak dengar masalah orang erm tapi aku tak. Aku suka dengar masalah orang ni HAHA selagi boleh bantu, aku bantu. Walaupun orang tu belum tentu akan bantu aku. Ingat, kita mati sorang sorang, jawab dekat malaikat nanti sorang sorang. Yang menyinarkan kita dekat kubur nanti amalan dan Quran. Quran jangan ditinggalkan.
Berusahalah kejar cinta Allah, hidayah Allah, syurga Allah. InsyaAllah jodoh, kebahagian dunia akan datang kepada kita. "Syurga bagi orang beriman adalah akhirat dan syurga bagi orang kafir adalah dunia". Tak lupa juga, doalah kebahagian di dunia dan akhirat dan berdoalah supaya Allah tak jauhkan kita dari DIA dan al Quran supaya kita terus berada dalam bimbingan Dia. Sekarang ni dah boleh doa untuk jodoh yang baik, berubah la untuk jadi baik supaya kita jadi adil untuk dapat yang terbaik hehe sorry termasuk pasal jodoh sebab saya dah doakan untuk jodoh saya. Erm jodoh, awak doakan saya tak? HUHU
In a nutshell, berkorbanlah. Pengorbanan kita insyaAllah mulia dan mendapat ganjaran dariNya. Sikit sikit, bantulah semua. Bantulah diri kita.
In a nutshell, berkorbanlah. Pengorbanan kita insyaAllah mulia dan mendapat ganjaran dariNya. Sikit sikit, bantulah semua. Bantulah diri kita.
No comments:
Post a Comment